Soalan Lazim

 
1. Kenapa pilih Amsyiq
    Kerana Amsyiq menawarkan peluang menjadi dealer kepada syarikat dengan kos yang
    paling rendah. Hanya dengan 10k boleh jadi dealer.itupun kalau ikut kaedah GKA dengan 5k
    sahaja mencapai belian 10k, seterusnya layak menjadi dealer.


2. Apa yang membezakan amsyiq dengan yang lain
  • Milik orang Islam beroperasi secara muamalah Islam
  • Mengagihkan keuntungan kepada semua pelanggannya.
  • Keuntungan dalam bentuk diskaun segera bukan komisyen yang masuk kemudian.
  • boleh himpun resit untuk mencapai status dealer.bila sampai 20k jadi dealer dgn diskaun 1.5%. sampai 10k jadi dealer dengan 2.0% .bila sampai 50k jadi dealer dengan diskaun 2.5%.
3. Apakah bentuk produk yang Amsyiq keluarkan?
    Amsyiq mengeluarkan produk berbentuk dinar 916, dinar 999, bar, coin dan dirham.Amsyiq
    mengeluarkan dinar bagi seluruh negeri kecuali kelantan.


4. apa kelebihan memiliki emas amsyiq?
  • Emas AG adalah emas yang betul-betul tulen dan disahkan oleh assayer bebas
  • Mempunyai sijil ketulenan emas yang disertakan semasa pembelian emas dan disahkan oleh assayer yang bertauliah
  • Mudah diperolehi dan stok sentiasa ada setiap masa
  • Boleh tempah dan beli emas 24 jam sehari dan 7 kali seminggu serta di mana-mana sahaja dalam pelbagai item yang ditawarkan
  • Harga emas AG jauh lebih rendah daripada harga-harga emas lain di Malaysia
  • Syarikat pengeluar emas BUMIPUTERA di Malaysia
  • AG membeli balik semua jenis emas AG menggunakan harga WE BUY
  • AG membeli balik semua jenis emas AG sama ada kemek, bengkok, calar dan sebagainya selagi tidak hilang nilai timbangan emas tersebut
  • AG membeli balik semua jenis emas AGE yang telah kehilangan Certificate of Authenticity
  • Perbezaan harga belian emas dan harga jualan emas yang paling rendah di Malaysia – 5% sahaja
  • Boleh memilik emas fizikal
  • Cantik dan boleh dijadikan hadiah dan barangan hantaran perkahwinan
  • Harga emas Amsyiq antara yang terendah dari kedai-kedai emas. Dan mengikut harga pasaran emas US,refer pada kitco.


5. Kalau dah beli emas, nak buat apa?
    Dengan emas yang anda miliki Anda boleh simpan: - Sebagai pelaburan jangka panjang, 
    harga emas naik anggaran 37-50% setahun. - Sebagai pelaburan jangka pendek- kalau ada
    orang nak beli, jual emas yang ada pada anda. Sebagai ganti, lock dan beli yang baru 
    dengan AG:
      A) Kalau harga jual melebihi harga belian, anda dapat untung perbezaan harga dan dapat   
           untung diskaun dealer yang diberi oleh AGE sebanyak 1.5 /2.0/2.5 harga belian anda.
      B) Kalau harga jual kurang dari harga belian, anda masih dapat untung dengan diskaun  
           dealer 
          oleh syarikat sebanyak 1.5/2.0/2.5. - Sebagai pelaburan jangka pendek, anda boleh rahn 
          (gadaian Islam)atau GKA, pinjaman dari nilai gadaian sebanyak 65% boleh digunakan 
          untuk membeli emas baru.


6. Bagaimana ketulenan emas Amsyiq disahkan?
Ketulenan emas Amsyiq disahkan melalui certificate/sijil yang disertakan bersama setiap produk.Untuk bar dan coin disertakan juga no siri sama dengan yang terdapat bar dan coin.Kita boleh uji ketulenannya melalui mesin penimbang emas.


7. Emas Amsyiq Gold boleh dijual dimana?
    Emas Amsyiq seeloknya jual balik kepada Amsyiq dengan harga We Buy. Spread antara We
    Sale dangan We Buy hanya 5%. Kalau dijual dikedai emas susut nilai tentulah jauh 
    berdasarkan spread merekalah. Untuk produk mereka sahaja hingga ke 30%, apatah lagi 
    untuk produk selain mereka.


8. Bilakah harga terbaik untuk membeli
    Bila anda dah cukup duit untuk membeli.Tiada istilah rugi jika membeli pada masa harga 
    tinggi,kerana untuk long term harga emas tetap akan naik


9. Takut nak simpan emas banyak-banyak
    Jika takut risiko untuk menyimpan emas,boleh simpan di safe deposit box.Yang terbaik 
    adalah safe deposit box di bank-bank.Amsyiq juga ada kaedah GKA yang menjaminkan 
    keuntungan masa depan.


10. Apakah dia GKA?
      Satu kaedah untuk Anda boleh menggandakan emas anda. Dengan GKA, anda dapat wang
      sebanyak 65% dari nilai emas, boleh digunakan untuk menambah emas anda. Ingat GKA 
      diwujudkan bukan untuk dapat wang segera, tapi untuk mengajak anda membeli banyak 
      emas untuk kekayaan masa depan.”


      GKA ialah Guna Kaedah Amsyiq. Iaitu emas Amsyiq yang telah dibeli, dijual kepada 
      Amsyiq dengan harga 65%. Duit dari jualan itu digunakan untuk membeli lagi emas. 
      Kemudian emas tersebut dijual lagi dengan harga 65%. Duit dari jualan itu digunakan untuk
      membeli lagi emas. Begitulah seterusnya sehinggalah jumlah menjadi mengecil.
      Setiap jualan semula kepada Amsyiq. Amsyiq melindunginya dengan janji menjual semula 
      dengan harga yang sama pada masa hadapan.


11. Bagaimana GKA boleh menguntungkan penggunanya.
      a. dapat beli emas dengan banyak dengan modal yang kecil
      b. boleh jadi dealer walaupun modal dengan 5k sahaja.
      c. Membeli dengan harga awal, dan kutip semula pada masa depan. Pada ketika itu emas 
          sudah naik.
      d. Tidak seperti gadaian ar Rahn, GKA tak ada upah simpan.


12. Adakah dirham Amsyiq juga ada certificate juga.
       Ya, Dirham Amsyiq 30Dirham ada disertakan certificate.


13. Adakah produk Amsyiq dinilai oleh Assayer bertauliah dan kenapa tidak dinyatakan
      nama?
      Sudah tentu sebagaimana yang dinyatakan dalam certificate, dan sengaja tidak dinyatakan 
      untuk maslahah syarikat, namun kalau pihak bank yang tanya kita beritahulah. Lagipun 
      menilai ketulenan emas memada dengan mesin penimbang emas.

One Response so far.

  1. This is very informative article. Thank you very much for sharing such a good stuff.
    Regards
    gold rate today

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...